v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penggembala etnik Tibet di Sanjiangyuan Provinsi Qinghai China telah Mengamalkan Kehidupan Baru

2007-12-14 11:24:45 CRI

Bar Langma itu ialah tempat nyanyian dan tarian etnik Tibet. Penduduk etnik Tibet bergemar akan menyanyi dan menari. Kebudayaan nyanyian, tarian dan pakaian yang kara-raya telah dibentuk dalam jangka masa yang panjang. Kebanyakan penggembala yang berpindah dari tempat asalnya telah menguruskan pelancongan keluarga petani untuk menyediakan makanan, nyanyian, tarian dan pertunjukan fesyen pakaian yang mempunyai cirri-ciri penduduk etnik Tibet kepada pelancong dari Bandar. Jumlah pendapatan pelancongan telah meningkat dengan pesat.

Warga tua Sumzhub, bapa kepada Nyima telah berpindah ke kampung baru itu pada 3 tahun yang lalu. Dia berkata bahawa kami hanya menternak lembu dan kambing di kawasan ternakan pada masa yang lalu. Selepas berpindah ke kampung baru itu, kehidupan kami telah mengalami perubahan yang besar dalam bidang pembekalan elektrik, air minuman dan tempat kediaman. Saya dan Nyima tidak pernah bersekolah. Cucu-cici mereka dapat menerima pendidikan di sekolah pada masa sekarang. Saya berharap agar mereka dapat melanjutkan pelajaran di sekolah pengajian tinggi.

Penghijrah mempunyai erti yang paling penting itu ialah membolehkan anak penggembala dapat mengikuti pelajaran di sekolah. Sekolah Etnik-Etnik Changjiangyuan selesai dibina pada Jualai tahun yang lalu itu terletak di pusat kampung penghijrah yang baru itu. Pelbagai kemudahan sekolah itu tidak berbeza dengan sekolah di bandar. Kumpulan pelajar pertama telah mengikuti pelajaran pada September tahun ini.

Soinam Gonpo yang berumur 8 tahun, anak lelaki kepada Nyima sedang mengikuti pelajaran di sekolah itu. Dia berkata bahawa saya berasa sangat gembira dapat mengikuti pelajaran di sekolah itu pada masa sekarang. Saya dapat belajar bahasa-bahasa Mandarin, Tibet dan mata pelajaran yang lain di Sekolah Etnik-Etnik Changjiangyuan itu. Sekolah itu bukan sahaja telah menyediakan peluang pelajaran untuk anak yang tinggal di kampung penghijrah itu, tetapi juga kebanyakan penggembala yang belum berpindah juga menghantar anaknya untuk mengikuti pelajaran di sekolah itu.

Pemberita semasa mengadakan liputan di provinsi Qinghai menjelaskan bahawa perlindungan ekologi di kawasan Sanjiangyuan telah mencapai kejayaan yang besar melalui pelaksanakan pemulihan padang rumput di kawasan ternakan dan penghijrah ekologi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kerajaan China juga melaksanakan pembangunan perlindaungan ekologi dan infrastruktur penghasilan dan kehidupan petani dan penggembala di kawasan Sanjiangyuan. Kami yakin bahawa alam sekitar dan kehidupan penduduk penggembala etnik Tibet yang tinggal di kawasan Sanjiangyuan berubah menjadi lebih baik melalui kegiatan yang tabah.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |