Jumlah pendapatan penggembala tempatan telah meningkat melalui aktiviti budaya tersebut. Kejayaan ini telah mendapat bantuan kerajaan provinsi Qinghai dan sokongan rakyat pelbagai kalangan. Kursus latihan tarian etnik minoriti percuma telah dianjurkan oleh jabatan kebudayaan provinsi Qinghai China untuk mengadakan latihan pertunjukan kesenian tarian kepada pemuda etnik Tibet dan Mongol. Aktiviti seumpama ini telah mendapat bantuan daripada perusahaan. Kursus latihan tarian etnik-etnik yang dilakukan pada tahun 2007 itu dianjurkan oleh sebuah perusahaan milik negara provinsi Qinghai. Pengurus besar perusahaan itu Encik Wang Xiaopo berkata bahawa sumber nyanyian dan tarian secara mendalam di Provinsi Qinghai itu seharusnya diteroka. Kami mengadakan latihan terhadap penduduk etnik minoriti yang tinggal di kawasan penternakan untuk meningkatkan kepandaian budaya nyanyian dan tarian mereka. Selain menyediakan peluang pekerjaan budaya kepada mereka, kami juga meneroka sumber budaya etnik-etnik dan mencipta pertunjukan kesenian yang unik di provinsi Qinghai.

Tugas latihan itu adalah sukar dilakukan. Menurut tuntutan Jabatan Budaya provinsi Qinghai, para pelajar akan menguasai beberapa gaya tarian dalam tempoh latihan yang berlarutan selama sebulan itu.
Tsekong Thar, guru tarian etnik Tibet yang berumur 24 tahun ini berasal dari kawasan penggembala Dataran Tinggi. Tsekong Thar telah berhijrah daripada padang rumput yang diamalkan selama belasan tahun itu untuk mencari pekerjaan di bandar. Beliau telah menjadi seorang guru tarian etnik Tibet berdasarkan kepandaian tarian etnik minoriti. Kerajaan tempatan telah menyediakan syarat pelajaran yang baik kepada anak-anak penggembala pada masa sekarang. Beliau berharap agar para pelajar dapat mengobarkan budaya etnik-etnik yang maju di samping meningkatkan jumlah pendapatan keluarga berdasarkan pertunjukan nyanyian dan tarian. Beliau berkata bahawa mereka berhijrah ke bandar daripada pedesaan selepas lulus daripada kursus latihan tarian etni-etnik itu. Mereka memperkenalkan budaya etnik Tibet mereka sendiri kepada orang ramai dan juga berasa bangga.
Pelajar dari kursus latihan tarian berharap supaya masa depan yang cerah melalui latihan guru mereka. Chimo Tso, seorang gadis etnik Tibet daripada kawasan gunung Tanggula berkata bahawa saya berhasrat untuk memperkenalkan tarian etnik kami kepada seluruh dunia. Saya berharap agar lebih ramai sahabat etnik Tibet dapat berpeluang untuk mengadakan pertunjukan kesenian supaya nasibnya dapat berubah.

Selain mengadakan pertunjukan nyanyian dan tarian etnik-etnik pada masa sekarang, kerajaan provinsi Qinghai telah menggalakkan dan membantu petani dan penggembala etnik minoriti tempatan menguruskan barang kraf tangan etnik-etnik. Gambar, ukiran, sulaman dan barang kraf tangan etnik-etnik telah menjadi saluran yang baik bagi penduduk etnik minoriti untuk mengatasi kemiskinan. Menurut perangkaan, seramai lebih 50 ribu orang petani dan penggembala dari kawasan pertanian dan kawasan penternakan provinsi Qinghai telah menguruskan pekerjaan budaya pada masa sekarang, jumlah pendapatan bersih mencatat 2200 yuan RMB. Pembangunan kebudayaan di provinsi Qinghai telah meningkat dengan pesat berdasarkan bantuan kerajaan dan kegiatan petani dan penggembala tempatan. 1 2
|