Ketika menyentuh perubahan besar yang berlaku kepada penduduk kampung itu disebabkan oleh pelancongan kubu purba itu, Chen Delan, seorang penduduk etnik Buyi yang berumur 36 tahun berkata, sekarang, jalan raya telah siap dibina di kampung kami. Saya juga sudah pandai memandu kereta dan melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat terkini. Ketika ini, ada juga penduduk kampung Yingpan yang tidak menganggotai syarikat pelancongan kubu purba. Tetapi, mereka juga mendapat faedah daripada pelancongan kampung ini dan menikmati kehidupan yang agak selesa.

Luo Shangcai, seorang penduduk kampung itu berkata, dulu, kami tinggal di sebuah rumah yang lama. Selepas syarikat mencapai kejayaan, saya telah membina rumah yang baru. Saya bercadang untuk menubuhkan sebuah kilang batu-bata. Kini, kami menikmati kehidupan yang lebih selesa daripada masa yang lalu.
Berdasarkan pengalamannya menguruskan syarikatnya, Luo Shangcai berasa amat sukar untuk meningkatkan pembangunan syarikatnya buat masa ini. Beliau berniat Syarikat Restoran Kubu Purba Yingpan Berhad dapat bekerjasama dengan perusahaan pelancongan antarabangsa agar kaedah pengurusan moden dan modal yang besar dapat dibawa masuk kepada mereka. Dengan itu, perusahaan pelancongan Yingpan akan mencapai kemajuan dan penduduk kampung dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa. Beliau berkata, saya amat yakin kepada masa depan syarikat kubu purba ini. Kami bercadang untuk berkerjasama dengan sebuah syarikat antarabangsa untuk mendapatkan sejumlah besar modal dan kaedah pengurusan terkini. Kami akan melaksanakan pembangunan fasa kedua kubu purba ini dan terus menguruskan pelancongan keluarga petani dan kampung, serta bersama-sama melaksanakan pembangunan hartanah. 1 2
|