Setelah mengetahui keadaan Liu Lihua, Jawatankuasa Penduduk Komuniti Baicaoyuan mencadangkan Liu Lihua menyertai latihan kemahiran untuk penganggur yang diselenggarakan secara percuma. Bermulalah episod baru dalam hidup ibu tunggal ini, bersungguh-sungguh mengikuti latihan kesenian peletakan bunga dan penggunaan komputer. Ia tidak susah bagi orang muda menguasai satu kemahiran dan mencari satu kerja. Tetapi, tidak lagi Liu Lihua yang sudah berumur lebih 40 tahun untuk mencuba sesuatu yang baru dalam kemahiran.

Liu Lihua berkata: "Ada pihak majikan tidak menerima kami oleh sebab usia yang lanjut. Saya sudah bekerja di beberapa tempat, misalnya bekerja di jabatan industri dan perniagaan selama dua bulan, menjual surat khabar selama tiga bulan dan melakukan aktiviti promosi di pusat beli-belah selama tiga bulan. Kerja-kerja yang dilakukan tidak berlangsung lama dan pendapatan pula tidak sebeberapa."
Ketika menghadapi masa-masa sukar dalam kehidupan, Liu Lihua tidak putus asa. Sebaliknya beliau giat mencari peluang untuk membaiki taraf kehidupannya. Pada waktu itu, kerajaan Beijing mengeluarkan dasar untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada penganggur dalam melakukan perniagaan kecil-kecilan. Dasar itu turut membuka peluang bagi Liu Lihua untuk mencuba usaha baru berniaga kecil-kecilan.

Liu Lihua berkata: "Saya membesarkan anak dengan titik peluh sendiri. Saya ingin membentuk kerjaya saya sendiri. Maka, saya menyerahkan rancangan saya kepada jabatan jaminan sosial. Pemimpin jabatan jaminan sosial amat menyokong rancangan saya dan membantu saya mencari peluang perniagaan. Kami mendapati urus niaga peralatan air mineral sangat beropetnsi kerana diberikan perhatian oleh pakar-pakar dan pendapatannya pula agak lumayan."

Setelah mengikuti selok-belok latihan memulakan urus niaga untuk penganggur yang diselenggarakan oleh kerajaan tempatan, Liu Lihua mendapat pinjaman kewangan kecil tanpa faedah sebanyak 50 ribu yuan RMB daripada pihak penyelenggara. Liu Lihua memulakan perniagaannya dengan pinjaman tersebut dan memperoleh sokongan dasar kerajaan kepada penganggur seperti pengurangan bayaran cukai dan subsisi insurans sosial.
Liu Lihua memulakan usahanya dengan membuka sebuah syarikat reka bentuk gambar dan seterusnya mengambil alih sebuah projek perubatan tentang rawatan rambut gugur.
1 2 3
|