Jiran-jiran berasa kagum terhadap Liu Lihua kerana dapat mengubah nasibnya lebih baik dan sentiasa bersemangat tinggi dengan yakin terhadap kemampuan diri. Urus niaganya mula berkembang. Walaupun kerjayanya baru bertapak dengan pendapatan yang masih kurang, Liu Lihua tidak melupakan masa susahnya sehingga mencapai kejayaan dan berusaha untuk membalas budi sosial. Syarikatnya telah mengambil bekerja enam orang penganggur.
Liu Lihua berkata: "Beberapa orang daripadanya hampir sebaya dengan saya malah ada yang lebih tua daripada saya sehingga susah diterima bekerja oleh syarikat. Syarikat saya boleh menyediakan peluang kerja kepada mereka walaupun pendapatan yang saya sediakan kepada mereka hanya ratusan yuan RMB. Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menggubal dasar yang memberi keutamaan untuk para penganggur. Kami berhasrat untuk menyumbang bantuan kepada orang ramai sebagai menghargai jasa kerajaan."
Demikian perit-getir Liu Lihua, seorang penganggur yang berusaha memajukan diri selepas mendapat bantuan kerajaan dalam melakukan urus niaga swasta. Menurut peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Beijing, semua latihan pekerjaan disediakan kepada penganggur secara percuma.
Seorang pegawai Pusat Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Buruh dan Jaminan Sosial Daerah Haidian Beijing, Chen Lixin menceritakan mengenai usaha latihan pekerjaan pusat itu kepada wartawan CRI.

Beliau berkata: "Latihan menjalankan urus niaga swasta merupakan prasyarat bagi memohon pinjaman kewangan. Kursus latihan tersebut memakan masa selama sepuluh hari kerja. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan susulan selama setengah tahun setelah peserta latihan memulakan urus niaga mereka. Peserta tersebut semuanya dipilih daripada kalangan penganggur dan mereka sudah mencatatkan keinginan urus niaga masing-masing selepas diselidik dan dipastikan sebagai penganggur. Kami menguruskan mereka yang berhasrat untuk menjalankan urus niaga swasta dan menyelenggarakan latihan itu di sekolah."
Chen Linxin menjelaskan bahawa usaha menyelesaikan masalah pengangguran bukan sahaja satu slogan, tetapi juga memerlukan panduan kerajaan dan dasar yang berkaitan. Beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa Beijing telah meningkatkan peruntukan jaminan sosial kepada 23.8 bilion yuan RMB pada tahun 2007 dari 11.9 bilion yuan RMB pada tahun 2003, iaitu meningkat 20% puratanya pada setiap tahun.

Naib Ketua Jabatan Kewangan Beijing, Xu Xi memaklumkan: "Beberapa jabatan kerajaan Beijing telah menjalankan pelbagai tindakan termasuk memberi subsidi dalam usaha penyelesaian masalah pengangguran bukan sahaja diperuntukkan daripada wang insurans pengangguran, tetapi juga daripada belanjawan tahunan kerajaan sejak tahun 2003. Jabatan tersebut giat menyempurnakan pelbagai dasar pekerjaan dan meningkatkan bilangan pinjaman kewangan kepada 50 ribu yuan RMB dari 20 ribu yuan RMB."
Beberapa tahun kebelakangan ini, kadar pengangguran Beijing dikawal di bawah 2.5% manakala hanya terdapat 15 keluarga tiada pekerja di Beijing setakat penghujung bulan Nov 2007 lalu.
----DAZHONG 1 2 3
|