Maka tema utama pameran kali ini ialah "Impian Keamanan". Tema tersebut selaras dengan slogan Sukan Olimpik Beijing, iaitu "Satu Dunia, Satu Impian". Ketika menerangkan yang menjadikan "Impian Keamanan" sebagai tema utama pameran kali ini, Puan Yuen Chee Ling berkata: "Ini keamanan dan keharmonian antara mimpi semua wanita, sebab wanita yang adalah mangsa peperangan. Kadang-kadang mereka kehilangan anak, kehilangan suami dan sebab wanita sentiviti mereka hati lembut."

Peserta dan pelawat ke pameran kali ini adalah lebih banyak daripada pameran yang lalu. Pelukis wanita pelbagai negara timur dan barat masing-masing telah menunjukkan karya ciptaan terkini. Mereka telah melahirkan pandangan terhadap keamanan dengan daya reka dan teknik yang halus dan istimewa. Dalam pameran ini, antaranya terdapat 82 buah karya pelukis wanita China, 11 buah karya pelukis wanita Malaysia, 7 buah karya pelukis wanita A.S. dan 11 buah karya pelukis wanita Australia.
Para pelukis telah mempamerkan kemahiran melakar dan perasaan berkarya mereka daripada pelbagai segi dan berdasar kebudayaan bangsa yang berlainan. Dalam lukisan "Impian Keamanan" yang dihasilkan pelukis wanita Vietnam, menyerlahkan burung merpati putih sebagai utusan keamanan memikul seorang gadis yang sedang meniup seruling.

Ketika menikmati lukisan ini, kita seperti dapat mendengar irama muzik yang merdu dari Vietnam. Pelukis Australia bagi karya yang bertajuk "keadilan yang diputarbalikkan" berharap kanak-kanak yang sedang membesar dalam dunia yang penuh pancaroba dapat hidup dalam keamanan. "Anak Perempuan Keamanan" yang dicipta oleh Puan Yuen Chee Ling telah menunjukkan sifat khas wanita yang lembut dan sensitif. Pameran ini telah menarik perhatian ramai pelawat profesional.
Seorang pelajar dalam jurusan seni lukis memberitahu pemberita: "Saya rasa pameran ini bermutu tinggi. Kami dapat menikmati karya dari ramai pelukis pelbagai negara di dunia, sama ada timur atau barat. Kami bukan sahaja melihat kemahiran pelukis profesional, malahan juga menikmati reka cipta istimewa mereka. Selain itu gaya karya pelukis timur dan barat mempunyai perbezaan yang ketara. Ini tentu berkait rapat dengan kebudayaan tradisional masing-masing. Misalnya tadi saya tengok lukisan 'sibur-sibur' yang dicipta seorang pelukis A.S.. Lukisan ini mempunyai ciri barat yang ketara. Warnanya yang kilau-kemilau dan melampau, antaranya muncul seekor sibur-sibur. Kami dapat merasai perasaan bersemangat pelukis ini. "
1 2 3
|