v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Seorang Warga Asing yang Bertugas di Komuniti Tempatan China

2008-11-18 15:27:50 CRI

Bandar Dalian yang terletak di kawasan pantai di Provinsi Liaoning, bahagian timur laut China terkenal dengan pemandangan alam yang indah sehingga menarik ramai pendatang berhijrah ke bandar itu, baik untuk bekerja mahupun untuk tinggal menetap.

Beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai warga asing dari pelbagai tempat dunia berhijrah ke Dalian. Untuk memudahkan komunikasi dengan warga asing dan menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada mereka, pihak berkuasa Zon Pembangunan Dalian mencalonkan beberapa orang warga asing sebagai anggota Jawatankuasa Penduduk yang bertugas di kawasan komuniti. Seorang daripadanya, Encik Sato Tomoyuki, seorang warga Jepun. Baru-baru ini, beliau sudah memulakan tugasnya di Jawatankuasa Penduduk Komuniti Gelin di Zon Pembangunan Dalian.

Sebagai pendatang asing bagi Bandar Dalian dan masih tidak begitu tahu keadaan tempatan, bolehkah Sato menjayakan tugasnya?

Encik Sato Tomoyuki yang berumur lebih 30 tahun, berhijrah ke Dalian setahun lalu dan bertugas di satu syarikat di Zon Bouded. Beliau menyewa satu rumah di Komuniti Gelin yang berhampiran pejabatnya . Di sinilah bermulanya beliau dikaitkan dengan hal ehwal komuniti itu.

Pada suatu malam baru-baru ini, Sato sebagai anggota Jawatankuasa Penduduk, ditemui para pengguni Komuniti Gelin semasa berlangsungnya "Taklimat Penghuni Asing".

Kata Sato: "Selamat malam, nama saya Sato Tomoyuki, dari Jepun. Sekarang saya bertugas di Zon Pembangunan. Disebabkan selalu sibuk, saya memang tidak dapat menjalankan tugas ini di komuniti pada bila-bila masa. Tetapi, saya akan seboleh mungkin berkhidmat untuk anda sekalian. Jika ada masalah, anda boleh menghubungi saya pada bila-bila masa. Terima kasih."

Sato masih belum menukar pakaian seragam yang dipakai semasa bekerja ketika menyampaikan ucapan tadi yang turut mendapat sambutan baik daripada para penghuni. Mereka bertepuk tangan dengan gemuruh.

Encik Sheng, warga A.S. segera menyatakan sokongannya kepada Sato.

Kata beliau: "Kami memerlukan bantuan anda pada masa yang akan datang, Encik Sato, kami menyokong anda menjadi ketua kami disebabkan anda mampu bertutur bahasa Mandarin dengan fasih dan bersikap ramah mesra. Anda pasti boleh membantu kami memudahkan interaksi dengan pejabat pentadbiran tempatan yang bertanggungjawab terhadap Komuniti Gelin ini."

Terdapat lebih 10 ribu penduduk menetap di Komuniti Gelin pada masa ini, termasuk lebih 130 orang warga asing yang datang dari A.S., Perancis, Jerman, Jepun, Republik Korea, Rusia dan India. Ketua Jawatankuasa Penduduk Komuniti Gelin, Encik Li Hongtao mengalami kesulitan besar semasa menangani pengelolaan dan menyediakan perkhidmatan kepada penghuni asing tersebut yang tabiat, cara hidup, adat resam dan bahasanya beragam macam. Dengan demikian, muncullah cadangan ini, iaitu mengundang warga asing menjawat jawatan anggota Jawatankuasa Penduduk.

Li Hongtao berkata: "Mula-mula, kami hanya mengagihkan kad penghubung kepada para penghuni asing. Sesuatu maklumat dijelaskan dalam empat jenis bahasa tertera di atas kad itu. Kemudiannya, kamu berasa tindakan itu tidak mendatangkan rasa mesra dan mempertimbangkan sama ada boleh memilih seorang penduduk membantu kami memaklumkan sesuatu maklumat yang terlibat."

Setelah cadangan itu dikemukakan, fokus umum tertumpu terhadap Encik Sato yang sering mengunjungi pejabat Jawatankuasa Penduduk untuk mensyorkan pendapatnya. Tambahan pula, beliau fasih bertutur bahasa Mandarin. Seterusnya, Li Hongtao mengundang Sato untuk bertugas di komuniti. Encik Sato yang ramah mesra serta-merta bersetuju dan menganggap undangan itu sebagai kepercayaan para penduduk kepadanya. Beliau berasa bangga kerana dapat secara langsung mengambil bahagian dalam pengelolaan dan perkhidmatan komuniti di negara yang jauh daripada kampong halamannya.

Kata Sato : "Kami sudah menetap di negara tirai-sutera ini, dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tempatan. Kami perlu juga membawa kelebihan kami ke negara ini supaya dapat membantunya menyempurnakan sesuatu khusus pada perkara yang kecil yang sering terabai.."

Sesudah dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Penduduk, Sato segera memulakan pelaksanaan tugasnya, mengemukakan pendapat dan cadangan secara satu demi satu kepada Ketua Li Hongtao, misalnya warga asing tidak faham dan tidak menerima perbuatan pegawai Jawatankuadsa Penduduk yang mengunjungi rumah mereka untuk mendaftar nama penghuni, sedangkan penduduk tempatan boleh faham dan menganggap tindakan itu bagi menjamin keamanan di komuniti.

Maka, Sato mengemukakan pendapatnya, iaitu mengarahkan kakitangan Jawatankuasa Penduduk mesti memegang kad kerja apabila mengunjungi rumah penghuni supaya prose kerja itu kelihatan rasmi.

Encik Sato berkata: "Petugas itu perlu mengetuk pintu dengan bunyi yang kecil dan sebaiknya menyelesaikan tugasnya di luar pintu rumah penduduk. Jika perlu mengisi sesuatu borang atau perlu masuk ke rumah penduduk, mereka mesti terlebih dahalu mendapatkan kebenaran tuan rumah."

Selain itu, kaedah pengelolaan yang digunakan di luar negeri dapat diterima di Komuniti Gelin. Misalnya, mengenai urusan komuniti yang perlu dimaklumkan kepada setiap penghuni, Encik Sato menganggap bahawa jika hanya ditampal satu kertas taklimat di pintu komuniti, ia akan selalu terabai oleh kebanyakan penduduk yang melalui semasa memandu kereta. Beliau mencadangkan bahawa "Kami menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai 'Papan Pemutar" di Jepun untuk membolehkan setiap keluarga mengenal pasti taklimat yang terlibat dan mengecap nama masing-masing di atas papan itu. Dengan itu, saya boleh memastikan setiap keluarga sudah dimaklumi khabar komuniti yang terlibat dalam masa satu hingga dua hari sahaja."

Sebagai pekerja tunjang di syarikatnya, Sato harus bekerja selama lebih 10 jam setiap hari. Walaupun begitu sibuk, beliau tetap menggunakan masa lapangnya untuk menangani urusan komuniti.

Tong sampah yang terletak di Komuniti Gelin dibahagikan kepada beberapa kategori untuk sampah kitar semula, bateri, kertas buangan dan sampah dapur. Katanya, kemajuan itu tidak dilepaskan daripada usaha Encik Sato. Kata beliau: "Para penghuni tidak faham konsep mengenai sampah yang boleh dikitar semula atau tidak boleh dikitar semula. Jadi, saya menulis nama sampah yang jelas pada setiap tong supaya mereka boleh faham semasa membuang sampah."

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |