Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan hari ini di Beijing menyatakan, China akan menyokong usaha meneroka dan mencari gali sumber perlombangan, menggalakkan pedagang asing melabur dalam industri itu dan akan memperhebat pembukaan industri perlombongan China.
Zeng Peiyan menyatakan demikian semasa menghadiri Seminar Antarabangsa Industri Perlombongan China 2004. Beliau berkata, China akan menunaikan janjinya semasa menganggotai WTO.
Seminar yang berlangsung selama tiga hari itu telah menarik lebih 100 orang wakil dari 25 buah negara termasuk Kanada, Australia dan A.S.
|