Etnik Uygur

2018-02-20 14:05:19  CRI
Share with:

Etnik Uygur

Etnik Uygur berjumlah lebih 7.2 juta orang, penduduk etnik itu tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China, kebanyakan mereka menetap di sebelah selatan Gunung Tianshan di wilayah itu.

Entik Uygur wujud pada abad ke-3 sebelum Masihi.

Nenek moyang etnik Uygur terutamanya bekerja sebagai penggembala. Setelah tahun 840, sebahagian penduduk etnik Uygur berhijrah ke kawasan Xinjiang China dan kawasan Asia Tengah, mereka belajar pertanian daripada penduduk asal di kawasan tersebut. Buah-buahan yang diusahakan oleh etnik itu seperti tembikai hami, anggur, delima dan epal sangat terkenal di China sejak turun-temurun.

Wilayah Autonomi Entik Uygur Xinjiang merupakan kawasan yang paling awal menanam kapas dalam sejarah China. Pada abad ke-5 hingga ke-6, penduduk etnik Uygur sudah menanam kapas. Memelihara ulat sutera dan menggunakan teknologi menghasilkan benang sutera daripada kepompong ulat sutera merupakan kejayaan besar etnik Uygur.

Perubatan tradisional etnik Uygur sudah bersejarah lama dan cemerlang. Perubatan etnik itu di samping mempelajari cara perubatan tradisional China, juga menggabungkan cara perubatan India, Parsi, Pakistan, Greek dan lain-lain. Penduduk etnik itu telah menghasilkan banyak catatan perubatan yang terkenal. Doktor etnik itu mahir merawat penyakit sengal-sengal tulang atau penyakit kulit menggunakan pasir, gas, air atau lumpur.

Rakyat etnik Uygur pernah menganut pelbagai agama dalam sejarah. Bermula pada akhir abad ke-12, penduduk etnik itu mula beragama Islam, agama Islam menjadi agama pilihan bagi etnik itu dan telah memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan etnik itu.

Sastera etnik Uygur bersejarah lama dan merupakan sebahagian penting dalam kebudayaan etnik itu. Sastera etnik Uygur terdiri daripada epik, riwayat, pepatah, teka-teki, legenda, peribahasa dan lain-lain.

Muzik etnik Uygur mempunyai ciri-ciri istimewa dan mewarisi irama muzik di kawasan barat China

Karpet merupakan barangan kraf tangan terkenal etnik Uygur. Kemahiran melukis, mengukir, menenun dan menyulam karpet etnik itu sangat tinggi tarafnya dan mendapat sambutan baik di China.

Ukiran batu jed etnik Uygur juga merupakan barangan kraf tangan terkenal etnik Uygur, mereka menggunakan batu jed berkualiti tinggi dan sangat jernih, barangan itu semakin hari semakin berharga.

Masjid Aitigaer di kawasan penempatan etnik Uygur merupakan masjid yang terbesar di China. Masjid itu dibina pada tahun 1450 hingga 1456 dan pernah banyak kali diperbaiki dalam pelbagai dinasti. Pada pemerintahan Maharaja Daoguang pada zaman Dinasti Qing(1821-1850), masjid itu dibaik pulih dan diperbesar secara besar-besaran sehingga keluasannya yang ada sekarang. Seni bina masjid itu bercorak Timur Tengah, kawasan masjid itu seluas hampir sehektar. Bangunan masjid itu termasuk pintu gerbang, dewan sembahyang dan bilik membaca Al-Quran. Masjid itu boleh menampung 8 ribu orang sembahyang berjemaah dalam satu-satu masa.

Makanan etnik Uygur diperbuat daripada tepung gandum, daging dan susu dan mereka kurang memakan sayur-sayuran. Jumlah jenis makanan utama etnik itu sangat kaya, termasuk pau panggang, nasi goreng, roti Nan, mi rebus, mi goreng dan lain-lain, kambing panggang dan sate kambing etnik itu juga sangat popular di China. Penduduk etnik Uygur suka minum teh atau teh susu.

Etnik Uygur mempertahankan amalan berkahwin sekali sahaja seumur hidup. Kaum wanita etnik itu tidak boleh bernikah dengan lelaki etnik lain yang tidak beragama Islam. Tetapi lelaki etnik Uygur boleh menikah dengan perempuan etnik lain yang bukan beragama Islam, tetapi syaratnya ialah perempuan itu perlu masuk Islam.

Etnik Uygur meraikan pelbagai perayaan, yang berlandaskan perayaan agama Islam. Sempena hari raya itu, penduduk etnik Uygur mengadakan pelbagai aktiviti.  

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran