Wang Qishan Ditemui Menteri Luar Filipina

2018-03-24 14:51:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_王岐山

Timbalan Presiden China, Wang Qishan ditemui Menteri Luar Filipina, Alan Peter Cayetano di Beijing semalam.


Wang Qishan berkata, kedua-dua negara China dan Filipina mempunyai semangat kejiranan sejak sekian lama, dan tradisi ini berkembang terus berdasarkan pimpinan dan arahan yang diberi presiden China, Xi Jinping dan presiden Filipina, Rodrigo Duterte. China dan Filipina dikehendaki melangkah maju ke arah yang sama pada tahun yang baru ini, merancangkan perkembangan hubungan dua laha dari segi strategi untuk tempoh jangka panjang, melaksanakan persepakatan pemimpin kedua-dua negara, terus meningkatkan pergaulan perinkat tinggi, memperdalam kerjasama pragmatik dan bersungguh-sungguh menangani perselisihan, agar mendorong perkembangan persahabatan rakyat kedua-dua negara dan pembinaan komuniti berkongsi nasib ASEAN.


Cayetano menyampaikan tahniah atas kejayaan sidang NPC dan CPPCC dan berkata, pihak Filipina bersedia bekerjasama dengan China untuk terus mendorong perkembangan hubungan kedua-dua pihak.

梁靓