Laluan Kunming-Sihanoukville Dibuka

2018-03-26 13:50:20  CRI
Share with:

 

Pesawat Ruili Airlines membawa 189 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changshui Kunming, provinsi Yunnan, menuju ke Sihanoukville, Kemboja malam semalam.

 

Ruili Airlines adalah syarikat Yunnan pertama yang menceburi pasaran penerbangan antarabangsa. Laluan tersebut beroperasi setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

 

Pemangku Konsul Jeneral Kemboja di Kunming menyatakan sumber pelancongan di Sihanoukville telah menarik kedatangan ramai pelancong.

 

Beliau yakin pembukaan laluan penerbangan tersebut akan meningkatkan kerjasama ekonomi, budaya dan pelancongan, sekali gus mengukuhkan persahabatan rakyat China dan Kemboja.

Ruili Airlines juga merancang membuka laluan antara Xishuangbanna dengan Chiang Mai dan Chiang Rai, Thailand.

系统管理员