Wang Yi Temu PM Thailand

2018-03-31 16:09:54  CRI
Share with:

Kerajaan China akan terus meletakkan Thailand sebagai keutamaan dalam diplomasinya.

China bersedia bersama-sama Thailand mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, di samping mempercepat pembinaan landasan kereta api China-Thailand, memperkasakan kerjasama sektor pelancongan, serta mengkaji kemungkinan kerjasama tiga pihak dalam pembangunan Koridor Ekonomi Timur Thailand.

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha dalam tempoh sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) di Hanoi, Vietnam semalam.

Thailand akan mengambil alih jawatan pengerusi bergilir ASEAN pada tahun depan.

Wang berkata, China akan memberi sokongan penuh kepada Thailand untuk melonjakkan hubungan bilateral serta hubungan China-ASEAN ke tahap baharu.

Prayut pula menyatakan, kerjasama antara Thailand dengan China dalam bidang ekonomi dan pelancongan telah membuahkan hasil ketara.

Thailand mengalu-alukan syarikat China melabur dalam pembangunan Koridor Ekonomi Timur dan menyokong China mengadakan kerjasama tiga pihak berkaitan projek tersebut.

系统管理员