Pameran Kemboja CAEXPO Galak Kerjasama

2018-04-02 13:39:21  CRI
Share with:
Pameran Kemboja anjuran Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2018 yang dirasmikan pada 30 Mac lalu akan mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Kemboja.

Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Po berkata, kerjasama antara China dengan Kemboja dalam bidang tenaga elektrik, pertanian, pelancongan, infrastruktur dan penerokaan zon ekonomi istimewa telah memberi sumbangan positif kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat Kemboja.

Pada tahun lalu, jumlah perdagangan kedua-dua negara meningkat 21.7% dengan mencatat USD5.79 bilion (RM22.4 bilion), melebihi sasaran USD5 bilion (RM19 bilion) yang ditetapkan.

Setakat penghujung 2017, jumlah pelaburan China terhadap Kemboja hampir USD8 bilion (RM31 bilion), sekali gus menjadikan China sumber pelaburan terbesar bagi Kemboja untuk beberapa tahun berturut-turut.

Pameran Kemboja yang berlangsung tiga hari itu melibatkan peralatan mesin, alat elektronik dan elektrik, pertanian, industri ringan, bahan pembinaan dan perkhidmatan teknikal. Dalam tempoh pameran itu, pihak penganjur telah mengadakan pelbagai acara termasuk kempen promosi, rundingan perdagangan, peninjauan zon ekonomi dan pemeteraian projek kerjasama. 
曹捷