Guangxi Sasar Pasaran Automobil Hijau Asia Tenggara

2018-04-05 12:27:10  CRI
Share with:

Guigang, Guangxi akan dibangunkan menjadi pangkalan pembangunan bahan ringan baharu untuk kegunaan automobil hijau, dan projek teknologi baharu, susulan pelancaran projek melibatkan pelaburan lebih RMB10 bilion (RM6 bilion).

Usaha berkenaan akan membolehkan jumlah output setahun mencecah RMB40 bilion (RM 24 bilion).

Guigang yang memiliki kelebihan tersendiri dari segi geografi, mahu mengetengahkan diri sebagai pangkalan pengeluaran automobil kedua di Guangxi, dengan menyasarkan pasaran automobil hijau di Asia Tenggara.

Pada masa ini, lebih 70 syarikat pengilang automobil tenaga alternatif dan elektrik China telah menjadikan Guigang tapak operasi mereka.

系统管理员