Li: China Melindungi Sistem Perdagangan Bebas Global

2018-04-09 11:15:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122651444_15231994538121n

China akan terus mengintensifkan pembaharuan, memperluas keterbukaan dan melindungi sistem perdagangan bebas global.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika ditemui rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Beijing semalam.

Menurut Li Keqiang, China komited memperkukuh kesalingpercayaan politik dengan Singapura, melonjakkan hubungan dan kerjasama pragmatik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi, menggalakkan pembinaan "koridor ke selatan", serta memperkasakan kerjasama dengan Singapura dalam bidang prasarana, kesalinghubungan, kewangan dan sebagainya.

Kerjasama melibatkan pasaran pihak ketiga akan dipergiat, begitu juga dalam bidang pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, usaha sama akan dijalankan untuk merancakkan interaksi pendidikan, media dan kumpulan pemikir demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Tegasnya, China akan terus mengintensifkan pembaharuan, memperluas keterbukaan dan melindungi sistem perdagangan bebas global, serta membina komuniti berkongsi kepentingan dan nasib dengan negara-negara ASEAN.

Lee Hsien Loong pula berkata, Singapura selaku pengerusi bergilir ASEAN komited memainkan peranan membina bagi menggalakkan hubungan Singapura-China, bahkan hubungan ASEAN-China dalam pelbagai bidang.

Melihat perdagangan sebagai asas negara Singapura, pihaknya menyokong sistem perdagangan multilateral, pemudahan perdagangan dan pelaburan, serta order antarabangsa berasaskan peraturan.

覃淼