Kemboja: Suara Asia Lebih Lantang

2018-04-12 14:37:02  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Pemimpin Media Asia sempena Forum Asia Boao (BFA) 2018 di Hainan China baru-baru ini, telah diadakan dengan jayanya.

Timbalan Ketua Pengarah Stesen TV Kemboja (TVK), Chey  Sorphea yang menyertai sidang tersebut berkata, beliau menanti-nantikan penubuhan sebuah persekutuan media Asia agar suara Asia dapat disampaikan dengan lebih lantang.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada China kerana menyediakan platform kepada media arus perdana Asia untuk bertukar-tukar pendapat dan membincangkan kerjasama.

Menurutnya, para peserta sidang kali ini mencapai pelbagai kata sepakat tentang peranan dan masa depan media.

徐国玮