AS Ugut Lancar Serangan, Tindakan Kurang Bijak

2018-04-12 13:53:28  CRI
Share with:

Kementerian Luar Syria semalam mengkritik tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengugut akan melancarkan serangan ketenteraan terhadap Syria sebagai kurang bijak, kerana tindakan itu hanya akan meruncingkan situasi di negara itu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, "serangan senjata kimia" yang tiada bukti kukuh digunakan sebagai dalih AS yang tidak berasas untuk melancarkan operasi berkenaan.

Pada 10 April lalu, kerajaan Syria telah mengundang Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) untuk menghantar penyiasat ke Pekan Duma, Ghouta Timur yang dikatakan berlakunya serangan senjata kimia pada 7 April lalu.

系统管理员