Inovasi Sains, Teknologi Tumpuan China

2018-04-13 14:33:57  CRI
Share with:

Menteri Sains dan Teknologi China, Wang Zhigang menyatakan China bersedia merapatkan sinergi dengan negara-negara ASEAN dalam inovasi yang berteraskan sains dan teknologi.

Beliau menyatakan demikian pada majlis perasmian Tahun Inovasi China-ASEAN, dan juga Forum Inovasi China-ASEAN di Beijing semalam.
 
Kata beliau, kerjasama China dan ASEAN dalam bidang berkenaan telah membuahkan hasil memuaskan kebelakangan ini.

Pada September 2012, Kementerian Sains dan Teknologi China telah melancarkan program perkongsian teknologi dengan ASEAN, yang membolehkan kedua-dua pihak membina makmal bersama di bawah rangka tersebut.

Menurutnya, kerajaan China amat mementingkan inovasi sains dan teknologi, dan sentiasa bersedia merancakkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa.

徐国玮