Wang Yi Temu Utusan Khas Presiden Indonesia

2018-04-13 14:35:43  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui utusan khas presiden Indonesia yang juga Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Luhut Panjaitan di Beijing semalam. 

Wang Yi berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-5 terjalinnya perkongsian strategik komprehensif China dan Indonesia. 

Kedua-dua pihak perlu memperkukuh hubungan tersebut dan menetapkan hala tuju kerjasama menang-menang berasaskan tiga tonggak iaitu inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), integrasi serantau dan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu. 

China bersedia bekerjasama dengan Indonesia untuk menjayakan pembinaan landasan kereta api Jakarta-Bandung dan menjalinkan kerjasama koridor ekonomi komprehensif serantau agar memperluas keuntungan bersama.

Luhut pula berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan China untuk melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, serta melaksanakan inisiatif B&R agar memberikan manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara bahkan rantau ini.

徐国玮