Pertukaran Budaya, Muzik Kelang-Quanzhou

2018-04-13 14:32:05  CRI
Share with:

Rombongan Persatuan Muzik Kelang Malaysia seramai 20 anggota tiba di Quanzhou, provinsi Fujian, China semalam untuk mengadakan lawatan pertukaran kebudayaan dan muzik selama sembilan hari.

Kebanyakan anggota rombongan tersebut berusia 60 hingga 80 tahun, keturunan perantau dari Quanzhou. Mereka terlebih dahulu melawat sebuah pusat pendidikan warga emas dan bersama-sama penduduk tempatan menghidangkan persembahan yang menarik.

Pada Ogos tahun lalu, kumpulan ahli muzik Quanzhou telah melawat Malaysia dan mengadakan konsert di Kelang dan Kuala Lumpur. Persembahan mereka mendapat sambutan yang baik daripada penduduk tempatan.

徐国玮