AS, Britain, Perancis Serang Syria

2018-04-14 14:34:09  CRI
Share with:

AS, Britain, Perancis Serang Syria

 

Pada pukul 9.00 malam semalam waktu tempatan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyampaikan ucapan melalui TV bahawa beliau telah mengarah tenteranya bersama-sama dengan Britain dan Perancis melancarkan serangan yang tepat terhadap sasaran ketenteraan Syria. Ini dianggap sebagai tindak balas terhadap "serangan senjata kimia" yang berlaku di kawasan Ghouta Timur Syria baru-baru ini.

 

Trump turut mendakwa bahawa Rusia mesti bertanggungjawab ke atas penggunaan senjata kimia di Syria. Beliau berkata serangan tentera AS terhadap kerajaan Syria akan diteruskan.

 

AS, Britain, Perancis Serang Syria

 

 

Menurut maklumat berkenaan, kawasan Ghuota Timur, sebelah timur di luar Damsyik, dilaporkan berlaku serangan senjata kimia pada 7 April lalu. Kerajaan AS menyatakan semalam bahawa pihaknya mempunyai bukti mengenai tindakan tersebut dilakukan kerajaan Syria. Tuduhan itu dinafikan kerajaan Syria.

Menurut laporan TV Negara Syria hari ini bahawa AS dan beberapa negara lain telah melancarkan operasi ketenteraan terhadap Damsyik pada pagi tadi. Sistem pertahanan udara tentera Syria telah bertindak balas terhadap tindakan pencerobohan AS, Britain dan Perancis, dan berjaya memintas 13 buah objek terbang.

 

AS, Britain, Perancis Serang Syria

系统管理员