Pesta Filem Antarabanga Beijing Dirasmikan

2018-04-15 14:38:41  CRI
Share with:

Unit realiti maya (VR) sempena Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-8 dirasmikan di Beijing semalam. Ini kali pertama unit VR didirikan pesta ini. Pengarah dari Perancis, Celine Tricart, penerbit dari Amerika Syarikat (AS), Erik Donley, dan pengarah AS, Sam Gezari menyertai upacara perasmian unit VR tersebut.

Unit VR tersebut terdiri daripada teater, aksesori dan lain-lain. Sebanyak lapan filem akan ditayangkan, antaranya dari Britain, AS, Taiwan China, dan Iraq.

Para penonton memberikan penilaian tinggi terhadap unit VR ini dan melahirkan harapan agar teknologi ini dapat dipopularkan. 

覃淼