Festival Filem Antarabangsa Beijing (BIFF) ke-8 membuka tirainya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Tasik Yanqi, daerah Huairou, Beijing semalam.
Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran lebih seratus pelakon dan bintang filem yang tampil glamor di permaidani merah.
15 ribu tetamu dari lebih 50 negara dan wilayah serta lebih 300 syarikat penerbit filem domestik dan asing turut menyertai festival tersebut.