CIIE Dijangka Rancakkan Kerjasama China, Vietnam

2018-04-16 16:59:54  CRI
Share with:
Majlis promosi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) diadakan di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.

Menurut Jabatan Promosi Perdagangan, Kementerian Industri dan Perdagangan Vietnam, CIIE dijangka akan terus mendorong keseimbangan dan pertumbuhan stabil perdagangan antara China dengan Vietnam, di samping membina platform kerjasama penting untuk syarikat Vietnam menembusi pasaran China.

Penyertaan Vietnam dalam ekspo tersebut ditetapkan sebagai aktiviti promosi perdagangan penting bagi kerajaan negara itu. 

Ekspo itu mencerminkan hasrat China untuk memperluas import dan berkongsi hasil pembangunan dengan negara-negara jiran. 

Pihak Vietnam telah menempah tapak pameran seluas 180 meter persegi, selain 60 gerai pameran khusus untuk syarikat.

CIIE pertama akan diadakan di Shanghai pada 5 hingga 10 November tahun ini.
张薇