Rakyat Iraq Protes Serangan terhadap Syria

2018-04-16 14:14:32  CRI
Share with:
Ribuan rakyat Iraq berhimpun di Dataran Merdeka, Baghdad petang semalam untuk membantah serangan yang dilancarkan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis terhadap Syria.

Mereka membawa bendera Iraq dan Syria serta slogan seperti "katakan tidak kepada AS" dan "AS menumpahkan darah rakyat Syria atas nama demokrasi".

Penganjur protes itu berkata, serangan tersebut adalah satu bentuk pencerobohan terang-terangan terhadap Syria dan melanggar undang-undang antarabangsa.

 

周乔西