Putin, Rouhani Bincang Situasi Syria

2018-04-16 13:12:33  CRI
Share with:
Presiden Rusia, Vladimir Putin membincangkan situasi semasa di Syria dengan rakan sejawatnya dari Iran, Hasan Rouhani melalui telefon semalam. 

Kedua-dua pihak bersependapat bahawa serangan oleh pakatan yang diketuai AS melanggar undang-undang antarabangsa, bahkan menggugat penyelesaian isu Syria secara politik.

Putin menegaskan bahawa jika tindakan yang melanggarkan Piagam PBB seumpama itu berulang, pasti akan mengakibatkan situasi antarabangsa bergolak. 

Situasi Yemen serta kerjasama  perdagangan kedua-dua negara turut dibangkitkan.

Putin menyifatkan serangan tiga negara terhadap fasiliti ketenteraan Syria  kelmarin adalah satu bentuk pencerobohan. 

Rouhani pula menyatakan bahawa serangan tersebut akan membawa kemusnahan kepada rantau berkenaan.
张弘