AL Gesa Siasatan Bebas Isu Senjata Kimia

2018-04-16 11:42:47  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Liga Arab (AL) yang diadakan di Zahran, Arab Saudi semalam ditutup tirai dengan perisytiharan yang menumpukan isu penggunaan senjata kimia di Syria.

Pemimpin dunia Arab dalam perisytiharan itu melahirkan kebimbangan atas operasi negara Barat di Syria, mengecam penggunaan senjata kimia dalam serangan terhadap rakyat jelata, di samping menggesa siasatan bebas dijalankan.

Mereka menegaskan perlunya isu Syria diselesaikan melalui saluran politik, dan semua tentera asing meninggalkan Syria bagi memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah negara itu.

Berhubung isu Palestin-Israel pula, perisytiharan itu menyebut negara-negara Arab menentang keras tindakan AS mengiktiraf Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya, yang disifatkan melanggar undang-undang antarabangsa.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘