Pendapatan GOC Terus Meningkat

2018-04-16 13:20:51  CRI
Share with:

Pendapatan syarikat milik kerajaan pusat (GOC) China pada suku pertama tahun ini mencapai RMB6.4 trilion (RM3.96 trilion), meningkat 8.7% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Maklum Naib Ketua Setiausaha Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara Dewan Negara (SASAC), Peng Huagang di Beijing hari ini, syarikat pembekal elektrik, batu arang, mesin dan perdagangan mencatat pertumbuhan pesat. Syarikat minyak dan petrokimia, pembinaan serta pengangkutan pula stabil.

Sementara itu, keuntungan syarikat berkenaan turut melonjak, dengan jumlah keseluruhannya RMB337 bilion, (RM208 bilion), naik 20.9%. Antaranya keuntungan pada bulan Mac mencatat rekod baharu, iaitu RMB169.87 bilion (RM105 bilion).

张弘