Kerjasama Antarabangsa Tumpuan Forum BIFF

2018-04-17 17:41:57  CRI
Share with:
Kerjasama perfileman antarabangsa menjadi tumpuan forum bersempena Pesta Filem Antarabangsa Beijing (BIFF) ke-8 di Beijing semalam.

Forum itu dihadiri pengusaha filem terkemuka tempatan dan asing termasuk Rob Minkoff, pengarah dari AS dan Wang Zhonglei, pengasas syarikat hiburan multinasional Huayi Brothers. 

Para peserta menganggap cerita yang baik kunci untuk mengatasi halangan budaya dalam kerjasama penerbitan filem.
 
Setakat penghujung tahun lepas, pengusaha China telah memeterai perjanjian penerbitan bersama dengan syarikat dari 20 negara, termasuk enam gergasi yang berpangkalan di Hollywood. 

Stephen Odell, pengurus besar penerbitan antarabangsa SONY Columbia Pictures yang pernah menghasilkan "Spiderman" dan "Men in Black", menyatakan pihaknya sedang mengusahakan sebuah filem animasi bersama-sama China. 

15 filem China dan asing akan bertanding merebut anugerah Tiantan dalam BIFF yang dijadualkan berlangsung hingga 22 April. 

 

张薇