IMF Kekal Unjuran Ekonomi China

2018-04-18 16:00:13  CRI
Share with:
Pertumbuhan ekonomi global mencatat kadar 3.8% sepanjang tahun lalu, paling pesat dalam tempoh tujuh tahun.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan terkini mengunjurkan kadar tersebut akan naik kepada 3.9% tahun ini dan tahun depan.

Dalam tempoh yang sama, kadar pertumbuhan ekonomi China diunjur kekal pada 6.6% dan 6.4%.

Ahli ekonomi kanan IMF, Maurice Obstfeld bagaimanapun memberi amaran bahawa sekatan perdagangan dan langkah balas mungkin melemahkan keyakinan pasaran hingga menyebabkan pertumbuhan global lari daripada normal.

 

张哲