Ekonomi China Terus Mampan

2018-04-18 14:42:25  CRI
Share with:

Data ekonomi China pada suku pertama tahun ini menunjukkan prestasi baik, dengan pertumbuhan stabil dijana momentum kuat.

Berbanding tempoh sama tahun lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 6.8%, kadar pengangguran di bandar dan pekan kekal kira-kira 5%, Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) masing-masing naik 2.1% dan 3.7%.

Sementara itu, jumlah perdagangan komoditi meningkat 9.4%, manakala lebihan perdagangan berkurang sebanyak 21.8%.  

Persekitaran kondusif membolehkan penggunaan sebenar modal asing mencapai RMB227.5 bilion (RM141 bilion), naik 0.5%.
 

张薇