China Komited Pertahan Multilateralisme, Perdagangan Bebas

2018-04-18 14:56:39  CRI
Share with:

China bersiap sedia dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan mutilateralisme dan perdagangan bebas, sekiranya AS terus menggugat arus sezaman itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam menyifatkan pergeseran perdagangan antara China dan AS sebagai pertarungan antara mutilateralisme dengan unilateralisme, serta perdagangan bebas dengan perlindungan perdagangan. 

Kata jurucakap itu, masyarakat antarabangsa terus-menerus menggesa  AS menghormati Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan mematuhi peraturan mutilateralisme. 

Di samping itu, semakin banyak pihak di AS termasuk 107 persatuan perniagaan tempatan telah mengeluarkan kenyataan bersama bagi menentang amalan kerajaan AS itu, yang dianggap menjejaskan kepentingan semua termasuk sendiri.
 

张哲