Industri Filem China Berpotensi Besar

2018-04-18 14:57:24  CRI
Share with:
Forum Pembangunan Industri Perfileman China diadakan semalam, bersempena Pesta Filem Antarabangsa Beijing (BIFF) ke-8.

Industri perfileman China kini memasuki era keemasannya dengan jumlah kutipan tiket mencecah RMB55.9 bilion (RM34.6 bilion) sepanjang tahun lalu, meningkat lebih 13% berbanding tahun sebelumnya. 

Dalam pada itu, filem Wolf Warriors 2 merekodkan kutipan tertinggi iaitu RMB5.68 bilion (RM3.5 bilion).
 
Walau bagaimanapun, industri perfileman China dikatakan terlalu bergantung pada kutipan tiket yang kini menyumbang 80% pendapatan industri itu. Sedangkan, nisbah tersebut di pasaran lebih matang  hanya 30% kerana  adanya produk sampingan sebagai sumber pendapatan utama. Hal ini bermakna, industri perfileman China masih berpotensi besar.  

 

张哲