B&R Selaras Arus Sezaman

2018-04-19 14:42:59  CRI
Share with:
Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) mendapat sambutan baik dan sokongan luas kerana selaras dengan arus sezaman dan kepentingan rakyat pelbagai negara, serta mempunyai prospek cerah.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semasa membidas laporan penyelidikan B&R yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan pemikir AS, dalam sidang media semalam.

Laporan itu mendakwa projek pelaburan China di negara-negara terlibat bukan untuk mewujudkan pembangunan ekonomi saling menguntungkan, sebaliknya menyasarkan peluasan pengaruh politik serta tujuan keselamatan.

Hua berkata B&R inisiatif yang telus dan terbuka. Kerjasama berkenaan dijalankan berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, dengan mengutamakan peranan pasaran dan kepentingan semua.

Tambah beliau, sejumlah besar projek kerjasama di bawah inisiatif itu telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat tempatan.
   
张哲