Langkah Tarif Cetus Kebimbangan Syarikat

2018-04-19 15:43:41  CRI
Share with:
Laporan tinjauan  situasi domestik oleh Rizab Persekutuan (Fed) menunjukkan, ekonomi AS meningkat sederhana sejak bulan lalu hingga awal bulan ini. Bagaimanapun, banyak syarikat terutamanya sektor pembuatan, pertanian dan pengangkutan berasa bimbang terhadap langkah tarif kerajaan.

Menurut laporan itu, harga barangan di semua kawasan di bawah pemantauan Fed telah naik. Antaranya, harga keluli naik mendadak susulan  tarif tinggi yang dikenakan kerajaan terhadap produk berkenaan yang diimport. 

Syarikat tempatan menjangka harga barangan akan terus meningkat beberapa bulan akan datang, khususnya produk keluli dan bahan binaan.
张薇