Rakyat China, Vietnam Rai Sanyuesan

2018-04-19 12:37:42  CRI
Share with:

Rakyat China dan Vietnam bersama-sama meraikan Sanyuesan, pesta tradisional yang jatuh pada hari ketiga bulan ketiga kalendar imlek.

Sanyuesan, perayaan paling penting bagi penduduk etnik Zhuang berpopulasi lebih 19 juta yang tinggal di Guangxi dan Yunnan serta sekitarnya. Terdapat juga sejumlah besar keturunan etnik Zhuang di banyak negara Asia Tenggara.

Tradisi yang diwarisi sejak zaman dahulu kala seperti tarian dan nyanyian, jamuan makan dan bersiar-siar di tebing sungai masih diamalkan hingga kini.

Sambutan bersama turut diadakan di beberapa kampung China dan Vietnam yang berjiran di sempadan.

Selain itu, Kembara Sanyuesan menyusuri Jalan Sutera yang bermula dari Guangxi telah singgah di Universiti Kebudayaan Hanoi, Vietnam semalam.

Atase Kebudayaan di Kedutaan Besar China di Vietnam, Peng Shituan menyatakan bahawa aktiviti tersebut membantu meningkatkan persefahaman di kalangan rakyat dan memperkukuh persahabatan tradisional.

张弘