IMF Beri Amaran Risiko Kewangan

2018-04-19 14:44:31  CRI
Share with:
Walaupun disokong suasana kewangan yang longgar dalam jangka pendek, pertumbuhan ekonomi global mungkin tetap mencabar akibat kerapuhan kewangan dibawa dasar faedah rendah jangka panjang.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan semalam memberi amaran risiko kewangan global akan meningkat untuk jangka sederhana dan panjang, lebih tinggi berbanding laporan pada Oktober tahun lepas.

Laporan terkini IMF menumpukan isu-isu yang menyebabkan kerapuhan kewangan, termasuk penilaian aset berisiko kekal tinggi, pasaran baru muncul dan negara berpendapatan rendah mungkin terkena tempias situasi kewangan global yang tiba-tiba ketat,  serta salah agih aliran mata wang dolar Amerika oleh bank negara-negara lain. 
张哲