China Rakan Kongsi Ekonomi Strategik Filipina

2018-04-19 15:41:20  CRI
Share with:

China rakan kongsi ekonomi strategik bagi Filipina, kata Glenn G. Penaranda, Kaunselor Perdagangan di Kedutaan Besar Filipina di China dalam satu seminar kerjasama kapasiti pengeluaran dan pelaburan di Beijing semalam.

Penaranda berkata China rakan dagang terbesar bagi Filipina. Pada tahun lalu, jumlah perdagangan bilateral mencatat USD33 bilion (RM128 bilion). Berbanding tahun sebelumnya, jumlah eksport Filipina ke China meningkat 20% dan import dari China naik 7%.

Menurut pelan kerjasama  enam tahun yang ditandatangani tahun lepas, kedua-dua negara akan memfokuskan usaha sama dalam sektor pertanian, perikanan, perhutanan, tenaga, perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan taman industri, teknologi maklumat, infrastruktur, perlombongan, pembuatan, pelancongan dan e-dagang.

Beliau menyatakan Filipina antara entiti ekonomi yang menunjukkan prestasi terbaik di Asia, dan berpotensi besar dengan kelebihan dari segi populasi dan tenaga kerja. 

Di bawah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte, kerajaan Filipina sedang mempergiat pembangunan infrastruktur, yang sekali gus meluaskan pintu kerjasama dengan China.

 

张薇