Xi Ucap Tahniah kepada Raul Castro

2018-04-20 12:02:29  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah secara berasingan kepada Raul Castro yang sekali lagi dipilih sebagai Setiausaha Pertama Parti Komunis Cuba, dan Presiden baharu Cuba, Miguel Diaz-Canel.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa jalinan persahabatan kukuh antara China dengan Cuba telah menjadi momentum kuat kepada perkembangan hubungan dua hala.

China amat mengutamakan hubungan dengan Cuba dan bersedia memperkasakan kerjasama bilateral.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang juga mengirim kawat serupa kepada Diaz-Canel.

Li dalam kawat itu menyatakan kesediaan pihak China untuk merapatkan lagi kerjasama saling menguntungkan dengan Cuba dan meneraju perkembangan hubungan dua hala yang stabil. 
张哲