Asia Tenggara Pilihan Utama Pelancong China

2018-04-20 16:09:09  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_u=3253991344,163050380&fm=27&gp=0

Menurut laporan majalah "The Economist" Britain, China telah menjadi sumber pelancong terbesar bagi Singapura pada tahun lepas. Antara 17.4 juta pelancong asing yang melawat negara itu, 3.2 juta adalah dari China. 

Statistik jabatan pelancongan Malaysia menunjukkan, pada sembilan bulan pertama tahun lalu, jumlah pelancong China meningkat 8.8% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Sementara itu, penggunaan pelancong China di Malaysia naik 15.5%, menduduki tempat kedua hanya selepas pelancong Singapura. 

Berdasarkan statistik jabatan pelancongan Indonesia pula, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun lalu, pelancong China ke negara itu telah melebihi sejuta.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pendapatan rakyat China terus meningkat berkat pembangunan mampan ekonomi negara. 

Kini, semakin ramai rakyat China melawat ke luar negara semasa cuti panjang. 

Antaranya, negara-negara Asia Tenggara menjadi destinasi pilihan utama ramai pelancong China kerana jaraknya yang lebih dekat.

Di samping itu, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) mendapat sahutan hangat di ASEAN. Banyak negara ASEAN seperti Vietnam dan Filipina turut meningkatkan promosi pelancongan kepada pasaran China. 

China dijangka terus menjadi sumber pelancong utama bagi Asia Tenggara dalam suatu tempoh panjang.

张弘