Alibaba Jalin Kerjasama dengan Kerajaan Thailand

2018-04-20 12:54:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_25-14157-16

Kumpulan Alibaba China memeterai empat memorandum persefahaman kerjasama strategik dengan kerajaan Thailand, di Bangkok semalam.

Kerjasama tersebut melibatkan ekonomi digital, pelaburan program Koridor Ekonomi Timur (EEC) Thailand, pembinaan platform digital pelancongan Thailand serta latihan kepada staf syarikat kecil dan sederhana (PKS) Thailand.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma dalam majlis pemeteraian menyatakan bahawa Alibaba bukan hanya membantu Thailand menjual produk pertanian dan perkhidmatan, tetapi juga akan membantu negara itu melatih tenaga insan yang menguasai teknologi digital untuk menghadapi cabaran pada era digital ini.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak menyatakan bahawa kesalinghubungan antara negara-negara Asia semakin ditingkatkan seiring pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Pelaburan Alibaba ke Thailand adalah tepat pada waktunya.

Kini, ekonomi Thailand menunjukkan momentum pertumbuhan baik. Langkah proaktif telah diperkenalkan kerajaan untuk memajukan sektor e-dagang dan perkhidmatan, yang menyasarkan lebih banyak peluang pekerjaaan dan keusahawanan dicipta untuk generasi muda.

Duta Besar China ke Thailand, Lv Jian pula menyatakan beliau yakin kerjasama yang dijalin antara Alibaba dengan kerajaan Thailand bakal menyumbang kepada strategi 4.0 serta pembangunan ekonomi digital Thailand.
 

张弘