China Komited Galak Mekanisme Damai

2018-04-20 15:04:27  CRI
Share with:
China bersedia memainkan peranan positif dalam pembentukan mekanisme kedamaian berkekalan di Semenanjung Korea. 

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Tegas beliau, saranan penyelesaian dwitrek iaitu mewujudkan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear sambil membina mekanisme keamanan dianggap sebagai pendekatan yang paling efisien untuk menyelesaikan isu berkenaan pada ketika ini.
 
周乔西