Hubungan China, AS Berada di Persimpangan

2018-04-21 15:58:35  CRI
Share with:
Hubungan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) kini berada di persimpangan. Hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara bergantung pada sikap yang diambil pada masa hadapan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam berkata, 

Ketika menyebut laporan AS yang memfitnah kerajaan China "mungkin menyokong kegiatan pengintipan sesetengah syarikat", Hua berkata kenyataan AS seperti ini adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. Sikap negara itu amat bahaya.

Tambah beliau lagi, tindakan AS mengehadkan perdagangan dan pelaburan dalam sektor teknologi tinggi sebenarnya satu bentuk amalan perlindungan perdagangan atas nama keselamatan negara.

 

 

 
周乔西