China Alu-alukan Rundingan Perdagangan

2018-04-22 14:24:51  CRI
Share with:

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Steven Mnuchin menyatakan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan lawatan ke China untuk mengadakan rundingan berhubung isu perdagangan.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China dalam taklimat media hari ini menyatakan, China telah menerima maklumat mengenai hasrat pihak AS melawat Beijing untuk berunding. China mengalu-alukan perkembangan tersebut.

张弘