OPCW Jalankan Siasatan di Douma

2018-04-22 14:32:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_324

Kumpulan pemeriksa Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) telah memasuki bandar Douma, Syria yang didakwa berlakunya serangan senjata kimia, semalam.

OPCW dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengumpulkan sampel yang dikatakan berkaitan dengan serangan tersebut untuk dianalisis di makmal di Rijswijk, Belanda.

OPCW akan menilai keadaan dan mempertimbangkan langkah selanjutnya termasuk kemungkinan sekali lagi mengunjungi Douma.

OPCW juga akan menyiapkan satu laporan berdasarkan keputusan analisis sampel serta maklumat dan bahan lain yang dikumpulkan, untuk dibahaskan oleh semua pemeterai Konvensyen Larangan Senjata Kimia.

Serangan senjata kimia dilaporkan berlaku di Douma pada 7 April lalu. Bagaimanapun, kerajaan Syria menafikan tuduhan pernah menggunakan senjata kimia dan mendakwa laporan berkenaan adalah berita palsu yang diada-adakan oleh pemberontak.

Pada 10 April lalu, Kementerian Luar Syria mengumumkan bahawa pihaknya telah secara rasmi mengundang OPCW menghantar kumpulan pemeriksa ke Douma untuk menjalankan siasatan. 

张弘