Alibaba: China Perlu Undang-Undang Ekonomi Digital

2018-04-23 16:03:14  CRI
Share with:

Ekonomi digital telah mempengaruhi kehidupan manusia dari segenap aspek. Dalam pada itu, undang-undang ekonomi digital amat perlu bagi melengkapi undang-undang e-dagang yang sedia ada di China pada masa ini.

Demikian cadangan yang dikemukakan oleh pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pembangunan China Digital pertama yang diadakan di Fuzhou pada 22 April lalu.

Jack Ma berkata, prinsip, konsep dan hala tuju perkembangan bagi syarikat-syarikat pembekal khidmat internet boleh ditetapkan melalui kaedah perundangan. Hal ini bukan sahaja satu bentuk inovasi dalam sistem ekonomi digital, malah juga sumbangan dan tanggungjawab China kepada seluruh dunia.

周乔西