Hong Kong Anjur Aktiviti sempena Hari Buku

2018-04-23 14:25:52  CRI
Share with:

Sempena Hari Buku Sedunia yang jatuh pada 23 April, kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong menganjurkan siri aktiviti bertema "kongsi dan cintai amalan membaca pada era baharu".

Kempen itu dirasmikan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor di sebuah sekolah menengah di daerah Sham Shui Po kelmarin.

Dalam majlis perasmian, beliau menyeru rakyat agar membudayakan amalan membaca dan membangunkan Hong Kong menjadi kota yang berperadaban membaca.

Untuk itu, kerajaan menyediakan subsidi tahunan untuk setiap sekolah rendah dan sekolah menengah, masing-masing berjumlah HKD40 ribu (RM20 ribu) dan HKD70 ribu (RM35 ribu).

高蕾