Sidang Kemuncak Digital China

2018-04-23 15:14:29  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122722776_15243856150221n

Sidang Kemuncak Digital China (Digital China Summit) buat julung kalinya diadakan di Fuzhou, provinsi Fujian semalam.

Sidang kali ini menarik penyertaan banyak syarikat gergasi ekonomi digital, yang mempamerkan pencapaian China dalam pembangunan sektor terbabit.

Dasar baharu melibatkan industri dan aplikasi teknologi berkenaan turut diumumkan dalam sidang tersebut.

Dengan tema "modenisasi melalui maklumat, percepat pembangunan digital China", sidang itu diharap menjadi platform China memperkenalkan dasar pembangunan teknologi maklumat serta e-kerajaan dan ekonomi digital.

Dalam majlis perasmian pagi semalam, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Lin Nianxiu menyatakan bahawa ekonomi digital sebagai satu format ekonomi baharu, telah menjadi teras bagi usaha meneraju revolusi sains dan teknologi serta perindustrian.

Naib Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Chen Zhaoxiong pula menyatakan bahawa pada masa depan, China akan terutamanya memperkukuh dasar siber, memperhebat kemampuan inovasi dan menggalakkan integrasi teknologi telekomunikasi maklumat dalam ekonomi sebenar.

图片默认标题_fororder_1122720522_15243540997191n

曹捷