Kerjasama Strategik China-Myanmar Diharap Terus Berkembang

2018-04-23 11:27:50  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah ditemui bekas Presiden Myanmar, U Thein Sein di Rumah Tetamu Diaoyutai di Beijing semalam.

Wang Yi dalam pertemuan itu menyatakan bahawa berkat usaha bersama pemimpin, kerjasama strategik komprehensif China-Myanmar telah mencapai hasil yang memuaskan.

China bersedia bergabung tenaga untuk menggalakkan pembinaan koridor ekonomi bersama serta melaksanakan projek-projek utama, bagi menyuntik momentum baharu kepada pembangunan ekonomi Myanmar.

Tambah beliau, China berasa gembira melihat proses perdamaian Myanmar terus mencapai kemajuan, dan bersedia memainkan peranan konstruktif untuk menggalakkan proses tersebut berdasarkan hasrat Myanmar.

U Thein Sein pula mengucapkan terima kasih atas bantuan China terhadap proses kedamaian dan pembangunan sosioekonomi negaranya, dan berharap kerjasama strategik komprehensif kedua-dua negara dilonjakkan ke tahap baharu. 

曹捷