Media Asing Menilai Tinggi Ucapan Xi Jinping

2018-05-05 15:57:22  CRI
Share with:

Perhimpunan bagi memperingati ulang tahun ke-200 kelahiran Karl Marx diadakan di Beijing semalam. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Presiden China, dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping telah menyampaikan ucaptama pada perhimpunan itu. Beliau berkata, tiada teori seperti dokrin Marx membawa pengaruh begitu meluas dan mendalam dalam lipatan sejarah umat manusia.

Sarjana dan media asing telah memberikan penilaian tinggi terhadap ucapan Xi tersebut.

The Associated Press (AP) melaporkan, ucapan Xi merupakan sebahagian penting dalam aktiviti China memperingati ulang tahun ke-200 kelahiran Marx. Xi menyifatkan Marx sebagai "ahli fikir yang paling tersohor dalam zaman moden".

Reuters dan Agensi Berita Perancis (AFP) dalam ulasan masing-masing mengatakan, ucapan Xi menandakan PKC akan terus menjunjung dan mengembangkan dokrin Marx.

Ketua Setiausaha Persatuan Persahabatan Laos-China, Sykhoun Bounvilay berkata, PKC sentiasa mengutamakan rakyat, menyesuaikan diri dengan perkembangan arus zaman dan berani menjalankan pembaharuan bagi pembangunan dan kemakmuran negara.

胡星